Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Wanita bertarung nyawa lepas mata ditikam

    PARIS, 9 MEI – Seorang wanita Perancis sedang bertarung nyawa hari ini di hospital selepas pasangannya menikam kedua-dua matanya dalam percubaan untuk membunuhnya, kata pendakwa.

    Lelaki itu telah ditahan tetapi dia sendiri kini dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan psikologinya, tambah pendakwa.

    Mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas suspek berkali-kali menikamnya semalam di bandar Maisons-Alfort di tenggara Paris.

    Polis menahan suspek petang semalam, tetapi membebaskannya ‘disebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital,’ kata jabatan pendakwa awam di pinggir bandar Paris Creteil.

    Suspek, berusia kira-kira 40 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah polis.

    Pasangan itu mempunyai empat anak, yang tidak ada di tempat kejadian pada masa serangan.

    Polis kawasan Val-de-Marne sedang mengendalikan siasatan bagi kes tersebut.

    Timbulnya kebimbangan me-ningkat mengenai pembunuhan wanita di Perancis dengan 102 wanita dibunuh pasangan mereka pada 2020 dan 146 pada 2019, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...