Friday, October 11, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita berusia 81 tahun bersaing gelaran Miss Universe

    SEOUL, 1 OKT – Seorang model berusia 81 tahun gagal dalam usahanya untuk menjadi pemenang Miss Universe tertua selepas bersaing dalam pertandingan di Korea Selatan menentang peserta yang jauh lebih muda.

    Berpakaian gaun putih manik, Choi Soon-hwa yang berambut perak berjalan di atas pentas dan membuat persembahan dalam pertandingan nyanyian di pertandingan Miss Universe Korea yang diadakan kelmarin di sebuah hotel di ibu negara Korea Selatan, Seoul.

    Walaupun dia gagal memenangi gelaran itu namun dia berjaya membawa pulang anugerah pakaian terbaik.

    Han Ariel, seorang pelajar sekolah fesyen berusia 22 tahun, memenangi pertandingan itu dan akan mengunjungi Mexico City untuk pertandingan Miss Universe bulan depan.

    Choi, bekas pekerja penjagaan hospital yang memulakan kerjaya peragawati pada usia 70an, diumumkan sebagai finalis Miss Universe Korea awal bulan ini bersama 31 peserta lain.

    “Walaupun pada usia ini, saya mempunyai keberanian untuk merebut peluang dan menyahut cabaran,” beritahu Choi kepada The Associated Press beberapa jam sebelum pertandingan, kelmarin.

    “Saya mahu orang ramai melihat saya dan menyedari awda boleh hidup lebih sihat dan mencari kegembiraan dalam hidup apabila menemui perkara yang awda mahu lakukan dan mencabar diri untuk mencapai impian itu,” tambahnya.

    Adalah mustahil untuk Choi bertanding dalam pertandingan itu setahun yang lalu kerana Miss Universe telah mengehadkan penyertaan kepada wanita antara 18 dan 28 tahun. – AFP

    Reaksi Choi selepas memenangi anugerah pakaian terbaik pada pertandingan Miss Universe Korea 2024 di Seoul, Korea Selatan pada 30 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda