Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Wanita cari siput maut dipatuk ular

    SIBU, 5 SEPT – Seorang wanita ditemukan maut dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Ulu Machan, Kanowit, dekat sini, kata Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong hari ini.

    Katanya mayat Florence Galu, 48, ditemukan pada lebih kurang 8:15 malam, Ahad, dalam keadaan terapung di dalam sungai oleh penduduk Rumah Rundang, Nanga Manggut yang mencari mangsa selepas mangsa tidak pulang ke rumah panjang sejak 4 petang Sabtu lepas.

    “Siasatan mendapati mangsa telah dipatuk ular di pergelangan tangan sebelah kanan dan tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...