Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Wanita cedera ditanduk bison

    TAMAN NEGARA YELLOWSTONE, 1 JUN – Seekor bison dilaporkan menanduk seorang wanita berusia 25 tahun di Taman Negara Yellowstone.

    Bison itu berjalan berhampiran laluan di Black Sand Basin, di utara Old Faithful, apabila wanita itu menghampirinya pada Isnin lalu, menurut satu kenyataan pihak taman. Dia berada dalam jarak 10 kaki sebelum haiwan itu menanduk dan melambungkannya 10 kaki ke udara.

    Mangsa dari Grove City, Ohio itu dilaporkan mengalami luka tusukan dan kecederaan lain.
    Pihak perubatan kecemasan taman tersebut membantu wanita tersebut dengan memanggil pihak ambulans untuk dikejarkan ke hospital di Idaho.

    Pegawai taman berkata ia adalah bison pertama yang dilaporkan menanduk tahun ini.

    Pihak taman turut menyatakan bahawa bison adalah sejenis haiwan yang tidak dapat diramal dan telah mencederakan lebih ramai orang di Yellowstone berbanding haiwan lain.

    Bison juga dikatakan boleh berlari tiga kali lebih pantas daripada manusia.

    Sementara itu, peraturan taman mengarahkan pelawat untuk berada lebih daripada 23 meter daripada bison tersebut.

    Kejadian itu kini masih dalam siasatan. Tiada maklumat tambahan yang diberikan setakat ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...