Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Wanita cerahkan masa depan kopi DR Congo

    IDJWI ISLAND, DR CONGO – Matahari tengah hari menyinari Tasik Kivu di timur Republik Demokratik Congo, di mana di sebuah pulau, deretan demi deretan belukar kopi mengeluarkan hasil tuaian buah biji kopi yang banyak.

    Dan penerima bantuan utama adalah wanita, hasil daripada projek kesaksamaan dalam sektor di mana wanita terkenal diketepikan dan kurang dibayar.

    “Wanita adalah orang yang mengusahakan tanah, tetapi apabila menyentuh mengenai menuai (tanaman) dan memasarkannya, mereka ditolak ke tepi, ia menjadi perniagaan lelaki,” kata Marcelline Budza, seorang feminis dan usahawan berusia 33 tahun.

    “Itulah yang membuatkan saya jengkel.”

    Sembilan tahun lalu, Budza mengasaskan NGO yang dipanggil Rebuild Women’s Hope (RWH) untuk mengembangkan peranan wanita dalam sektor kopi Republik Demokratik Congo.

    Kelihatan dua orang wanita memilih kopi di stesen pembersihan Hala untuk membuang sisa dan kotoran di pulau Idjwi di Republik Demokratik Congo. – AFP
    Seorang wanita kelihatan memetik biji kopi merah di ladang kopi untuk dibawa ke stesen pembersihan pada waktu petang. – AFP

    RWH menumpukan perhatiannya kepada Idjwi, sebuah pulau seluas kira-kira 300 kilometer persegi yang terletak di tengah-tengah Tasik Kivu, tempat beberapa kopi yang paling dipuji di dunia ditanam.

    Kopi Arabica dari Idjwi mempunyai reputasi baik di seluruh dunia, kekayaan yang diperoleh daripada ditanam di altitud tinggi, dalam tanah gunung berapi yang gelap dan tanpa baja kimia.

    “Ia luar biasa,” kata Daniel Abamungu Cinyabuguma, pengurus koperasi pertanian Muungano di Goma, di pinggir tasik besar.

    Biji kopi dipetik, dibasuh dan dipilih sebelum ditapai kemudian dikeringkan, kerja intensif buruh di DRC telah lama dikuasai oleh lelaki.

    “Lelaki merendahkan wanita, mengatakan penanaman kopi bukan untuk mereka,” kata Budza.

    Mengatasi prasangka apatah lagi kerenah birokrasi, tuntutan cukai, penipuan dan kekurangan kredit telah mengambil usaha bertahun-tahun, yang kini mendapat ganjaran, katanya.

    Hari ini, RWH menggaji sekurang-kurangnya 12,000 wanita pada musim kemuncak menuai kopi. Wanita terutamanya bekerja dalam memproses kopi dan dibayar dalam pentadbiran pejabat, pada kadar yang sama seperti hampir 900 lelaki.

    “Matlamat saya sedang dicapai,” kata Budza. “Wanita kini boleh tersenyum, mereka boleh berdikari dari segi kewangan.”

    Rosette Nyakalala Bisengi, seorang penanam dan tukang pilih kopi, 24, mengesahkan keadaan telah bertambah baik.

    Tetapi dia masih memperoleh hanya 2,500 franc Congo (AS$1.25) sehari dan ingin menggandakannya.

    Walaupun begitu, dia berkata, “Saya mempunyai wang yang cukup untuk membeli kambing, ayam … saya menghantar anak saya ke sekolah, saya membeli pakaian mereka.”

    RWH menghasilkan antara enam dan 10 kontainer kopi setiap penuaian, setiap satu mengandungi 19 tan kopi. Kopi berasal dari ladangnya sendiri, tetapi juga dari beberapa pengeluar kecil.

    “Kopi kami digunakan di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Kami mempunyai hasil yang sangat baik,” kata Budza.

    “Kami berharap dapat mengembangkan dan mencapai 20 kontena (setiap tahun), hanya menggunakan tenaga kerja tempatan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...