BEIJING, 5 Mac 2002 – Seorang wanita berusia 33 tahun dari utara China,Wang Cuiying, telah melahirkan anak kembar lima dan sebuah kilang produk tenusu berjanji akan membekalkan mereka dengan susu percuma sehingga mereka berusia tujuh tahun, lapor media negeri.
Doktor di Hospital Bersalin Beijing mengeluarkan tiga anak perempuan dan dua anak lelaki melalui pembedahan caesarean, dia bulan lebih awal, lapor agensi berita Xinhua. Ibu dan anak-anaknya dalam keadaan baik, menurut laporan itu lagi.
Wang dan suaminya, Jiao Baocun, pada awalnya mahu menggugurkan beberapa orang daripada anak kembar lima itu kerana khuatir tidak mampu menyara anak yang ramai, lapor Xinhua.
Tetapi pengguguran tidak dapat dilakukan kerana Wang sudah hamil lebih tiga bulan apabila anak kembar lima itu dikesan ketika pemeriksaan perubatan rutin.
Yili Industrial Group, sebuah syarikat berpusat di rantau Inner Mongolia, utara China, telah menawarkan untuk menanggung kos pembelian tepung tenusu untuk kanak-kanak itu sehingga mereka berusia tujuh tahun dan 20,000 yuan (AS$2,400) untuk persekolahan mereka.