Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Wanita diarah bayar balik bekas tunang

    KAMPALA, UGANDA, 29 JAN – Mahkamah Uganda telah memerintahkan seorang wanita membayar lebih daripada AS$2,800 kepada bekas tunangnya kerana memutuskan pertunangan mereka selepas dia membiayai pengajiannya, sambil berkata wanita tersebut telah menyebabkan ‘kesusahan dan penderitaan psikologi’.

    Menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh AFP, Richard Tumwiine, pesara guru berumur 64 tahun telah menaja diploma dalam bidang undang-undang untuk Fortunate Kyarikunda semasa pasangan tersebut bertunang.

    Wanita itu yang dikatakan berusia awal tiga puluhan kemudiannya ‘mengkhianati plaintif dengan mengatakan dia tidak boleh berkahwin dengan lelaki tua’.

    “Memandangkan perjanjian untuk berkahwin tidak ditunaikan oleh defendan sehingga merugikan plaintif maka plaintif berhak mendapat bayaran balik,” Majistret, Charles Mukobi memutuskan baru-baru ini di Kanungu, barat Uganda.

    Hakim berkata Kyarikunda terpaksa membayar balik 9,439,100 syiling Uganda (AS$2,560) yang dibelanjakan Tumwiine untuk pengajiannya, serta satu juta syiling (AS$271) sebagai ganti rugi am kepada plaintif atas kesulitan dan penderitaan psikologi. – AFP

    Mahkamah Uganda memerintahkan Kyarikunda membayar balik lebih AS$2,800 kerana memutuskan pertunangan dengan Tumwiine. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...