Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Wanita dibunuh gagal langsai hutang

    YUMA, ARIZONA, 6 NOV – Seorang lelaki Yuma dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menembak mati seorang wanita dua tahun lalu dan mayatnya ditemui di dusun buah sitrus.

    Jorge Alan Aguilar-Hernandez, 23, sebelumnya mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Kirstion Fish, 22 tahun pada 3 November 2020. Kedua-dua mereka telah bertemu beberapa tahun sebelum itu di Phoenix dan menjalin hubungan yang bermasalah, menurut rekod mahkamah.

    Akhbar Yuma Sun melaporkan Aguilar-Hernandez meminta maaf kepada keluarga Fish ketika dia dijatuhi hukuman semalam, berkata dia berharap mereka akan memaafkannya atas apa yang dilakukannya.

    Fish telah meminjam wang daripada Aguilar-Hernandez dan berpindah ke Oregon tanpa membayarnya apabila hubungan mereka berakhir.

    Semasa pulang ke Phoenix untuk melawat seorang kawan, Aguilar memujuk Fish menghabiskan masanya di Yuma dan dia memandu ke Phoenix untuk mengambil Fish.

    Aguilar-Fernandez membawa Fish ke dusun di mana mayatnya ditemui.

    Pendakwa berkata Aguilar-Hernandez memberitahu polis dia merancang membunuh Fish sebelum dia sampai ke kawasan Gila Bend kerana dia fikir Fish tidak akan membayar hutangnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...