Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Wanita didakwa cetus suasana tak harmoni

    KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Seorang wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, bulan lepas.

    Bagaimanapun, Siti Nuramira Abdullah, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

    Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim yang telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

    Perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan di bawah seksyen itu tidak boleh dijamin.

    “Sekiranya mahkamah ingin membenarkan ikat jamin, pihak kami mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin tempatan kerana kes tersebut telah mendapat perhatian masyarakat awam secara meluas.

    “Jumlah ikat jamin yang rendah akan menjejaskan pandangan orang awam terhadap badan kehakiman,” katanya.

    Najihah turut memohon beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis sehingga kes selesai, pasportnya diserahkan kepada mahkamah selain perintah larangan untuk membuat sebarang kenyataan di media sosial dan media cetak berhubung kes itu. – Bernama

    Siti Nuramira Abdullah hadir ke mahkamah dan didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, bulan lepas.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...