Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita didakwa miliki 38 hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam

    KUALA LUMPUR, 28 OKT – Seorang wanita warga emas yang juga ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 38 hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam, bulan
    lepas.

    Aishah Bula Tajudin, 60, didakwa memiliki hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam antaranya Darul Arqam 25 Tahun Perjuangan Abuya Syeikh Imarn Ashaari Muhammad At-Tamimi, Khutbah Aidilfitri 1413 Hijrah, Siri Terkini Era kasih Sayang Abuya Pemimpin Kasih Sayang dan Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya, tanpa sebab yang munasabah.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kampung Sungai Penchala, Brickfields di sini pada 11:30 pagi, 21 September lepas.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Mohd, Sabri Othman dalam mencadangkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin berkata terdapat 38 penerbitan dilarang sebagaimana diwartakan kerajaan dan pengharaman memiliki penerbitan tersebut telah diwar-warkan oleh media massa, akhbar dan televisyen. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda