Wanita didenda $35,000 miliki barangan tanpa cukai

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Seorang wanita yang didakwa memiliki 36 karton dan 91 paket rokok pelbagai jenis tanpa cukai dijatuhi denda $35,000 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memutuskan denda itu terhadap Rosni binti Sabtu, 43, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa memiliki barang tegahan itu di rumah yang beralamat di Jalan Paya Belambang, Perpindahan Bukit Beruang, Tutong kira-kira jam 3:50 petang pada 4 April 2020.
Dia diberi tempoh sehingga 30 November 2020 untuk menjelaskan denda dan sekiranya gagal akan berdepan hukuman 14 bulan penjara.

Pendakwaan dibuat Pegawai Pendakwa Kastam.