Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Wanita dipenjara, bantu jual barang kemas curi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Mahkamah Perantaraan, kelmarin, telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dua bulan ke atas seorang wanita tempatan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan membantu melupuskan bukti terhadap barang kemas curi.

    Nabilah @ Nurul ‘Iffah’ Alya Nur Ana binti Salim pada awalnya menafikan pertuduhan terhadapnya pada Disember 2020, namun perbicaraan seterusnya terpaksa ditangguh akibat COVID.

    Defendan juga dibenarkan untuk dibebaskan dengan ikat jamin, tetapi dibatalkan selepas melanggar syarat yang dikemukakan oleh mahkamah.

    Pada 9 April, semasa sebutan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan, defendan berubah hati dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

    Defendan, yang diwakili peguam bela Daud Ismail, telah membantu menjual beberapa barangan kemas curi yang diterimanya daripada rakan sejenayah.

    Dua lagi rakan sejenayah telah dijatuhkan hukuman lebih awal atas pengakuan bersalah mereka.

    Pendakwa Raya Aeny Zullizam mendedahkan defendan telah menghubungi seorang pembeli melalui laman media sosial dan bertemu pada 26 Oktober 2020 di sebuah kompleks beli-belah di Manggis di mana dia telah berjaya menjual barangan kemas itu pada harga lebih $2,000.

    Pemilik barang kemas itu menyedari emasnya hilang dan membuat laporan polis menyebabkan dua yang lain ditahan dan akhirnya merungkai penglibatan defendan.

    Antara perkara lain yang diambil kira oleh Hakim Hajah Hazarena PD Haji Hurairah ketika menjatuhkan hukuman itu setelah mengambil kira keseriusan kesalahan dan menghalang orang lain daripada melakukan perkara yang sama.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...