Wanita ditahan hantar surat beracun

WASHINGTON, 21 SEPT – Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke Rumah Putih.

Menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan NBC Chicago, seorang pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan berkata semalam suspek ditahan ketika cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) dari Kanada.

Surat mencurigakan itu dikatakan ditujukan kepada Presiden Donald Trump.

Surat itu berjaya dikesan pada awal minggu, menerusi dua ujian yang dilakukan mengesahkan terdapat kandungan racun berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Menurut laporan media AS, wanita yang ditahan di sempadan AS-Kanada itu turut memiliki senjata. – Bernama