Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Wanita ditahan penggal kepala suami

    CUSSET, PERANCIS, 1 JULAI – Pihak berkuasa Perancis kelmarin telah mendakwa seorang wanita atas tuduhan membunuh suaminya selepas 27 tahun mangsa dijumpai dengan keadaan kepalanya dipenggal dalam jenayah yang belum terungkai sejak itu.

    Christophe Doire, 28, dijumpai mati dengan kepalanya dipenggal pada Hari Krismas, tahun 1995 di kawasan bandar Busset di wilayah Auvergne, Perancis.

    Pendakwa raya serantau, Eric Neveu berkata balu tersebut, 56, yang tidak dinyatakan namanya, telah ditahan Selasa lalu dan didakwa kelmarin oleh Mahkamah Majistret serta terus ditahan direman.

    “Beberapa bukti menunjukkan penglibatannya dalam pembunuhan Christophe Doire,” katanya kepada pemberita, menambah bahawa dia telah didakwa membunuh dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun jika sabit kesalahan.

    “Penyiasatan mesti diteruskan untuk mengenal pasti dan menangkap rakan subahat yang lain,” katanya.

    Dia juga turut menekankan bahawa jenayah tersebut bukan sesuatu yang dilakukan berseorangan.

    Sementara itu, dia menjelaskan, adalah mustahil untuk memberikan maklumat kepada umum pada tahap ini, namun defendan gagal memberikan penjelasan yang boleh dipercayai.

    Tindakan tersebut dibuat selepas mayat Doire digali pada April lalu, dengan tujuan untuk melakukan ujian baharu. Neveu menjelaskan perkara tersebut semasa menyoal siasat, di mana balu berkenaan menafikan dia terlibat dalam pembunuhan tersebut.

    Menurut laporan, Doire hilang pada 16 Disember 1985 selepas meluangkan masa di rumah saudaranya. Dia pulang sebelum tengah malam, mengatakan bahawa dia ingin pergi berburu pada keesokan harinya.

    Dalam kejadian tersebut, keretanya berjaya dijumpai tetapi dia hilang sehinggalah beberapa pemburu menjumpai mayatnya dalam sebuah parit.

    Mayat tersebut berjaya dikenal pasti setelah menemukan kertas dan pakaian yang dipakai.

    Kes tersebut dibuka dua kali terhadap beberapa suspek pada tahun 2000 dan 2002, namun pertuduhan tersebut digugurkan dan kes jenayah itu selama beberapa tahun dianggap sebagai kes terkenal di Perancis yang belum dapat diselesaikan sepenuh. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...