Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Wanita ditemui terdampar di pantai KB

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seorang wanita warganegara tempatan berumur 30 tahun telah ditemui terdampar di pesisiran pantai di Kuala Belait (KB) dalam keadaan tidak sedarkan diri petang kelmarin.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, mengesahkan telah menerima laporan kes penemuan individu terdampar di kawasan Pantai Tanjung Batu, Jalan Maulana, Kuala Belait pada pukul 5:45 petang. Bertindak atas laporan itu, pegawai penyiasat jenayah Balai Polis Kuala Belait telah berkejar ke tempat kejadian.

Para saksi iaitu pengunjung pantai yang berada di tempat kejadian telah membantu mangsa yang tidak sedarkan diri keluar dari kawasan air dan membawanya ke kawasan darat. Mangsa kemudian sedarkan diri setelah usaha bantuan menyelamat diberikan oleh saksi. Mangsa dibawa ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan pihak doktor, mangsa dalam keadaan stabil dan akan ditahan di hospital bagi tujuan pemantauan kesihatan selanjutnya. PPDB menyatakan bahawa punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, PPDB menasihati orang ramai jika terdapat perubahan tingkah laku terhadap keluarga seperti berdiam diri, kelihatan sedih, tertekan atau gelisah untuk segera mendapatkan khidmat bantuan daripada mana-mana pihak yang berwajib.

 

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -