Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Wanita ditemukan rentung, lelaki ditahan

    KUALA LUMPUR, 13 MAC – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita yang rentung, dalam kebakaran di bengkel kemahiran hidup sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Izham Jaafar berkata suspek berusia 30-an itu ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kebakaran.

    “Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai penyelia kedai buku di sekolah berkenaan yang berumur 25 tahun, dan mayatnya telah diserahkan kepada Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata sebuah jentera bersama lapan anggota dan Unit Bantu-an Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu.

    Menurutnya mayat wanita itu ditemukan selepas kerja-kerja memadam kebakaran selesai. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...