Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wanita Dusun temui sinar Islam

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Seorang wanita Dusun telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah rumah di STKRJ Kampung Lugu, hari ini.

    Saudara baharu berusia 25 tahun itu kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Noorhana Nazuha binti Abdullah Minggu.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.

    Semasa ditemui media, Dayang Noorhana Nazuha mengongsikan bahawa beliau tertarik dengan agama Islam memandangkan beliau turut mempelajari mengenai agama Islam sejak alam persekolahan tambahan lagi ramai daripada kawan-kawannya beragama Islam.

    Di samping itu, keluarga terdekat termasuk kakak dan adiknya juga telah memeluk agama Islam sebelumnya.

    Beliau turut mengongsikan hasratnya untuk tetap istiqamah mendalami agama Islam dengan mengikuti kursus-kursus dan mana-mana kegiatan yang dianjurkan oleh PDI.

    Menurut PDI, sejak 1 Januari hingga 16 September lalu, seramai 325 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara dan 106 daripadanya di Daerah Brunei dan Muara.

    Dayang Noorhana Nazuha semasa melafazkan ikrar pengislamannya. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...