Wanita Dusun terima hidayah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Seorang wanita berbangsa Dusun telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah kediaman di Kampung Tanjung Nangka, hari ini.

Ernie Julia binti Redo (gambar bawah) telah memilih nama Islamnya sebagai Nur Ernie Juliana binti Redo.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum Nur Ernie melafazkan ikrar pengislaman di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah Islamiah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.