Wanita Filipina temui cahaya Islam

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Seorang wanita berbangsa Filipina telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Bilik Al-Muhtadiin, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

Saudara baharu berkenaan, Gretchen Abecilla Aleluya, 34, memilih nama Islamnya sebagai Najiah Saniyah binti Abdullah.

Majlis pengislaman itu disaksikan oleh Penolong Pengarah, PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar dan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), PDI.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada mualaf yang disempurnakan oleh Awang Abdul Aziz.

Mengikut statistik, seramai 436 orang memeluk agama Islam di negara ini sepanjang tahun 2020, sementara keramaian yang telah memeluk agama Islam sejak awal tahun 2021 hingga 26 Julai 2021 ialah seramai 231 orang.

Awang Abdul Aziz menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu berkenaan di majlis itu.