Wanita Filipina temui sinar Islam

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Seorang perempuan berbangsa Filipina telah menemui sinar Islam apabila melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Jalan Kerma Negara, Kuala Belait.

Krystal May Laureta Bayudang, 24, memilih nama Islamnya sebagai Mariam Azzahra binti Abdullah Jovito.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz ikrar pengislaman saudara baharu yang diraikan di hadapan pegawai dan kakitangan Unit Pengislaman, di Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait.

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati bagi saudara baharu berkenaan yang disempurnakan oleh Pegawai Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Nurhuwaina binti Mamud.

Kemudian, majlis disu-suli dengan laungan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada yang diraikan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

Mariam Azzahra semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Dayang Nurhuwaina pada majlis Pengislaman yang berlangsung di Jalan Kerma Negara, Kuala Belait.