Wanita Filipina temui sinar Islam

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Sejak Januari sehingga Ogos 2020, seramai 255 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara iaitu seramai 122 orang daripadanya adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

Jumlah berkenaan termasuk satu lagi pengislaman seorang perempuan berbangsa Filipina,
Esperanza Junio Prado yang telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di salah sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, hari ini, setelah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan lafaz ikrar pengislaman saudara baharu di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), Pusat Dakwah Islamiah.

Dengan pengislaman itu, Esperanza kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai NurAqilah Junio binti Abdullah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

NurAqilah Junio ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman berkenaan.