Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Wanita hamil maut, enam bidan ditahan

    DAKAR, 20 APRIL – Enam bidan di Senegal telah didakwa berhubung kematian wanita mengandung di hospital pada bulan ini, kata peguam mereka hari ini, dalam kes yang mencetuskan kemarahan di negara Afrika Barat.

    Astou Sokhna meninggal dunia semasa hamil sembilan bulan di hospital awam pada awal April di bandar utara Louga selepas dia berkali-kali merayu doktor untuk menjalankan pembedahan ‘caesarean’.

    Namun hospital menolak permintaannya atas alasan pembedahan tidak dirancang terlebih dahulu, dan mengugut akan mengusirnya jika dia terus mendesak melakukan prosedur itu, menurut laporan media.

    Sokhna dan anaknya meninggal dunia selepas menunggu selama 20 jam, justeru membangkitkan kemarahan daripada orang awam di media sosial di Senegal.

    Presiden juga berjanji akan melancarkan siasatan.

    Media tempatan pada mulanya melaporkan dia meninggal dunia pada 7 April, tetapi Menteri Kesihatan Senegal Abdoulaye Diouf Sall berkata baru-baru ini kematiannya berlaku pada 1 April.

    Hari ini, peguam Abdou Daff memberitahu AFP enam bidan telah didakwa kerana gagal membantu seseorang yang terancam nyawanya.

    Empat ditahan di Louga pada petang semalam, katanya, sementara dua lagi telah dibebaskan dengan ikat jamin.

    Kesatuan pekerja penjagaan kesihatan ASAS memulakan mogok tiga hari bermula hari ini berhubung penahanan bidan serta bayaran gaji. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...