Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Wanita hamil trauma disamun hampir RM30,000

    PASIR PUTEH, 14 SEPT – Seorang wa- nita mengandung lima bulan berdepan detik cemas apabila barangan kemas dan wang tunai miliknya yang keseluruhannya dianggar bernilai RM30,000 disamun oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Gong Mengkelih, di sini semalam.

    Siti Nur Rafeeqa Abdul Hamid, 29, berkata dia berada di dalam bilik tidur bersama anak lelakinya berusia lima tahun pada 9:50 pagi sebelum didatangi suspek yang menceroboh masuk ke dalam rumah melalui tingkap diumpil menggunakan cangkul.

    “Lelaki itu mengambil pisau di dapur dan mengarahkan saya menyerahkan beg tangan yang di dalamnya berisi rantai, gelang dan cincin emas serta sejumlah wang tunai.

    “Saya tidak berfikir panjang dan terus mengikut arahannya kerana bimbang keselamatan diri dan anak,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini. Suami suri rumah itu, Ruzman Ishak, 46, pula berkata ketika kejadian, beliau sedang bekerja dan dimaklumkan mengenainya kira-kira 10:40 pagi.

    “Suspek turut mengambil sebuah telefon pintar dan melarikan motosikal jenis Honda EX5 milik saya sebelum ditemukan semula di lorong kubur Kampung Chengal Pusas, Jalan Jeram Pasu di sini kira-kira dua kilometer dari rumah pada 4 petang semalam,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria dalam kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu. Beliau berkata lelaki berkenaan sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. – Bernama

    Mangsa samun bersama suami masih trauma selepas disamun barangan kemas dan wang tunai lebih RM30,000. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...