Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Wanita Iban dapat hidayah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Seorang wanita berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang diadakan di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan majlis pengislaman Saimira Anak Sanie, 16, yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nur Umairah Azzahra binti Abdullah Sanie itu ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI.

    Kemudian, majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan oleh tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Zailani bin Haji Abdul Malik dan Pemangku Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara Panchor Mengkubau Kawasan 4 dan 5, Haji Hairul Azri bin Haji Salamat.

    Sepanjang Januari 2023, PDI telah mencatatkan seramai 30 orang masuk Islam di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 12 daripadanya adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

    Dayang Nur Umairah Azzahra semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah.
    Haji Abdul Rajid menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu di majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...