Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Wanita Iban dapat hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Seorang perempuan berbangsa Iban telah memilih Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah rumah di Kampung Masin, hari ini.

    Maria Anak Empanang, 59, yang memilih nama Islamnya sebagai Siti Maryam binti Abdullah Empanang telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Mufti (Buhuth), Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof.

    Turut hadir ialah Pengarah PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis pengislaman dimeriahkan dengan Dikir Marhaban dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis pengislaman Maria Anak Empanang berlangsung di Kampung Masin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...