Wanita Indonesia diberkas bersama dadah

MANILA, FILIPINA, 7 OKT – Pihak berkuasa Filipina berkata mereka telah menangkap seorang wanita Indonesia yang membawa dadah bernilai 54 juta peso (AS$1 juta) dalam begnya semasa penerbangannya dari Kemboja, di tengah-tengah tindakan keras ke atas percubaan penyeludupan dadah.

Biro Kastam berkata Agnes Alexandra ditangkap awal hari ini di lapangan terbang Manila selepas pihak berkuasa menemui 8kg (17.6 paun) methamphetamine, dalam begnya dari penerbangan bandar Siem Reap Kemboja. Dia menangis dan menutup wajahnya di hadapan kamera TV, memberitahu para pegawai beg itu bukan miliknya. Di bawah Presiden Rodrigo Duterte, penguat kuasa undang-undang Filipina telah melancarkan tindakan keras yang mengorbankan hampir 7,000 suspek dadah dalam kempen yang mengejutkan kerajaan-kerajaan Barat dan mencetuskan aduan pembunuhan besar-besaran di hadapan Mahkamah Jenayah Antarabangsa. – AP

Penumpang Indonesia yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Biro Kastam sebagai Agnes Alexandra duduk bersebelahan dadah syabu semasa penerbangannya dari Siem Reap, Kemboja pada 7 Oktober di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila. – AP