Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Wanita Indonesia ditemui mati di tepi jalan ladang kelapa sawit

MIRI, 23 Julai – Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh, di tepi jalan Ladang Pakut Sungai Kelat, Bekenu di sini petang semalam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata mayat Murniati Samade, 43, ditemui oleh suaminya pada 3:30 petang semalam.

Beliau berkata mangsa dan suaminya yang bekerja di ladang kelapa sawit ke ladang berkenaan untuk memunggah buah sawit dan memotong rumput pada 7:30 pagi sebelum mangsa gagal dikesan oleh suaminya kira-kira 10:30 pagi.

Suami mangsa kemudian bertindak mencari mangsa di sekitar kawasan sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring di tepi jalan ladang sawit persendirian itu yang terletak kira-kira 11 kilometer dari jalan utama, katanya.

“Suami mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Bekenu dan anggota yang sampai di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selain mengesan beberapa kecederaan pada badan mangsa,” katanya.

Dev berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -