Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Wanita intai rekod umur paling panjang

    TOULON, PERANCIS, 26 APRIL – Sister Andre dari Perancis, dipercayai individu tertua masih hidup pada minggu ini pada usia 118, berkata hari ini dia ingin memecah rekod individu paling tua di dunia.

    Dia berkata kerja dan menjaga orang lain telah menjadi petua kepada umurnya yang panjang.

    “Orang berkata kerja membunuh, bagi saya kerja telah membantu saya terus hidup, saya terus bekerja sehingga saya berusia 108 tahun,” beritahu biarawati kepada wartawan hari ini dalam rumah jagaan di mana dia tinggal di bandar Toulon.

    Walaupun dia buta sekarang dan bergerak menggunakan kerusi roda, dia selalu menjaga warga emas yang berusia lebih muda daripadanya.

    “Orang harus saling membantu dan menyayangi di antara satu sama lain dan bukannya saling membenci. Jika kami berkongsi kesemuanya, keadaan akan menjadi lebih baik,” kata Sister Andre. Rakan biarawati Sister Therese, 89 tahun, menyorongnya ke gereja kecil di rumah jagaan setiap pagi.

    Menurutnya, Sister Andre mempunyai ‘misi untuk melayan orang lain’ dan ‘kepercayaannya’ telah membantunya meneruskan kehidupan.

    Pada tahun lalu, dia sembuh dari COVID dan menjadi simbol harapan kepada orang dari seluruh dunia.

    Namun dia menolak permintaan untuk sampel DNA atau rambutnya. “Hanya Tuhan sahaja yang tahu rahsia umurnya yang panjang,” katanya sambil tersenyum. – AFP

    Andre Randon semasa bercakap kepada media di rumah jagaan Saint-Catherine-Laboure di mana dia tinggal di Toulon, selatan Perancis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -