Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Iran ditahan ‘berbasikal tanpa hijab’

    TEHRAN, 21 OKT – Seorang wanita muda telah ditahan di tengah Iran kerana ‘menghina peraturan pemakaian hijab,’ kata media semalam, selepas satu video dikeluarkan menunjukkannya menunggang basikal tanpa memakai tudung.

    “Seseorang yang telah melanggar norma-norma dan menghina ajaran Islam tanpa menutup kepalanya di rantau ini telah ditahan,” beritahu Mojataba Raei, gabenor Najafabad, kepada agensi berita IRNA.

    Satu video yang telah dirakam dengan telefon bimbit tular pada Isnin di media sosial menunjukkan seorang wanita tanpa memakai tudung menunggang basikal di depan sebuah masjid.

    Wanita berambut panjang itu, dengan kepalanya dikaburkan, kelihatan mengangkat tangan kanannya dari semasa ke semasa ketika dia menunggang basikalnya.

    IRNS berkata video menunjukkan wanita ‘berbasikal tanpa tudung di dataran’ dan ‘di depan sebuah masjid besar’ mencetuskan bantahan daripada penduduk dan ulama di Najafabad.

    Di bawah undang-undang Islam yang dikuatkuasakan di Iran sejak revolusi 1979, wanita mesti memakai hijab yang menutup aurat dan menutup rambut mereka.

    “Motifnya dalam melakukan perbuatan ini sedang disiasat,” kata gabenor Najafabad, tanpa mendedahkan identiti wanita itu.

    “Penduduk bandar ini telah mengadakan bantahan hari ini selepas kejadian tersebut,” tambah beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda