Wanita isi labu dengan dadah ditangkap

MONTREAL,2013 – Seorang wanita tiba di lapangan terbang Montreal telah diserahkan kepada pihak polis persekutuan Kanada selepas menemui kokain yang dimasukkan ke dalam labu di dalam bagasinya.

“Labu-labu itu kelihatan seolah-olah lebih berat daripada biasa, jadi kami mengambil keputusan untuk menjalankan ujian mesin X-ray dan dadah-dadah telah ditemui dalam labu-labu tersebut,” kata jurucakap Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada Jacqueline Roby kepada AFP.

Dalam satu kenyataan, agensi tersebut menyifatkan kes rampasan itu sebagai satu perkara “luar biasa yang berlaku pada hari Halloween.”

“Tiga biji labu seharusnya dipenuhi dengan gula-gula tetapi ia telah diisi dengan dadah yang menghampiri dua kilogram beratnya oleh seorang wanita yang tiba di Lapangan Terbang Montreal-Trudeau.”

Dadah-dadah tersebut dan suspek telah diserahkan kepada Polis Diraja Kanada Mounted, dan suspek dijangka akan didakwa.

Kerakyatan wanita itu tidak didedahkan. Sejak awal tahun 2013, pihak berkuasa telah melakukan sebanyak 173 rampasan dadah di lapangan terbang Montreal, termasuk rampasan 10 kokain yang berjumlah 44 kilogram.