Wanita jalani pengasingan, bunuh diri

JEJU, 22 JUN – Seorang wanita yang sedang menjalani pengasingan kendiri di Pulau Jeju, Korea Selatan, meninggal dunia akibat membunuh diri, kata polis hari ini.

Menurut polis pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 9:15 pagi. Wanita itu membunuh diri di Pusat Pembangunan Sumber Manusia milik kerajaan di pulau berkenaan. Agensi berita Yonhap melaporkan pelancong berusia 27 tahun itu sedang menjalani pengasingan kendiri pada Sabtu selepas mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19, ketika dalam perjalanan ke Pulau itu pada Khamis. – Bernama