Wanita Jepun maut akibat jangkitan kutu selepas digigit kucing

TOKYO, 25 Julai – Seorang wanita Jepun meninggal dunia akibat virus bawaan kutu (sengkenit) selepas digigit oleh kucing liar dalam apa yang kemungkinan jangkitan penyakit haiwan kepada manusia yang pertama di dunia.

Wanita yang berusia dalam lewat 50-an itu meninggal dunia kira-kira 10 hari selepas digigit oleh kucing tahun lepas selepas dia membawa haiwan itu ke hospital veterinar.

Pihak berkuasa sejak itu mengesahkan yang dia mengidap SFTS, satu penyakit yang dijangkiti melalui gigitan dari sekumpulan haiwan yang membawa virus kutu.

Jangkitan virus kutu daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan darah juga telah dilaporkan namun para pegawai kementerian percaya kematian wanita Jepun itu mungkin kes pertama manusia maut akibat gigitan daripada seekor haiwan yang dijangkiti.

“Tiada laporan mengenai kes jangkitan haiwan kepada manusia sejauh ini telah dibuat,”kata pegawai kementerian kesihatan memberitahu AFP hari ini.

“Masih tidak jelas virus itu datangnya dari kucing, namun ia boleh jadi ia adalah kes pertama di dunia,” katanya.

Pegawai lain berkata tidak ada tanda wanita berkenaan telah digigit oleh kutu.

SFTS atau demam teruk dengan sindrom trombositopenia, mencetuskan simptom termasuk demam teruk, muntah dan cirit-birit.

Di Jepun kira-kira 60 orang dijangkiti penyakit daripada gigitan kutu itu setiap tahun dengan kadar korban jiwa kira-kira 20 peratus, menurut kementerian Jepun. Belum ada ubat pencegahan atau vaksin setakat ini bagi mengubati penyakit tersebut. – AFP