Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Wanita ‘kes pembunuhan beg pakaian’ diekstradisi ke New Zealand

SEOUL, 29 NOV – Kementerian Kehakiman Korea Selatan mengekstradisi seorang wanita ke New Zealand selepas dia ditahan berhubung penemuan mayat dua anaknya dalam beg pakaian awal tahun ini.

Warganegara New Zealand berketurunan Korea berusia 42 tahun itu, yang dikenal pasti dengan nama keluarganya Lee, diserahkan kepada pihak berkuasa New Zealand pada petang Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, bersama-sama bukti yang dirampas oleh polis, lapor agensi berita Yonhap yang memetik pegawai kementerian kehakiman. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -