KUALA LUMPUR, 8 Mac – Dengan tema #BalanceforBetter, Hari Wanita Antarabangsa tahun ini lebih menumpukan kepada keseimbangan dalam melakukan pelbagai pekerjaan dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik.
Mengikut laporan oleh The Adventure Travel Trade Association, kaum wanita sudah lama menceburi bidang pengembaraan yang lazimnya sering kali dilakukan oleh kaum lelaki, bahkan kaum wanita kini sudah banyak menerajui tampuk kepimpinan.
Laporan yang berjudul ‘Out in Front: Tracking Women’s Leadership in Adventure Travel’ menyatakan bahawa terdahulu walaupun wanita membentuk 60 hingga 70 peratus dalam industri pengembaraan, tetapi hanya 38 peratus sahaja yang hanya benar-benar dikuasai oleh wanita.
Walau bagaimanapun, kaum wanita kini dilihat lebih bersedia untuk memecahkan tembok tersebut untuk mengimbangi pekerjaan yang dilakukan oleh kaum lelaki, di mana peningkatan dalam sektor pengembaraan bagi kaum wanita dilihat semakin meningkat.
Salah seorang pemimpin ekspedisi dari India, Payal Mehta berkata Hari Wanita Antarabangsa bermaksud untuk meraikan semua wanita yang telah berjuang pada masa lalu untuk menempatkan kedudukan wanita dalam masyarakat.
Sementara itu, Maritza Chacacanta, yang merupakan seorang pengurus operasi pula berkata “Kepada ibu tunggal di luar sana, apa yang penting untuk anda ketahui ialah anda tidak bersendirian. Anda boleh memiliki kerjaya yang berjaya semasa menjadi ibu.”
Manakala itu, menurut Alice Goodridge, seorang koordinator pengembaraan dari Scotland berkata masih terdapat banyak ketidaksamaan dalam sektor aktiviti luar dan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut tahun ini dilihat sebagai salah satu cara untuk wanita terus membuat pembaharuan dalam mengimbangi kehidupan mereka.
Seorang lagi pengembara, Laura Adams, E berkata “Kita semua harus berterima kasih kepada para wanita yang ada dalam kehidupan kita, kerana dengan keberanian, integriti dan martabat, mereka telah memberikan perubahan positif di dalam kehidupan seharian kita.” – ANN/The Star


































