Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Wanita maut dalam kemalangan di Miri

MIRI, 25 Julai – Seorang wanita berusia 26 tahun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Miri-Pujut awal hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata Shirlime Raga, 26, sedang memandu kenderaan jenis Perodua Viva dari arah Pujut ke bandar sebelum kemalangan berlaku.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Miri dan mayatnya diserahkan ke Hospital Miri serta polis untuk tindakan susulan.

Katanya bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pukul 4:36 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -