QUITO, 8 JULAI – Seorang wanita warga Kanada maut dan seorang rakannya cedera apabila runtuhan salji melanda lereng gunung berapi Chimborazo, kemuncak tertinggi di Ecuador, menurut anggota menyelamat semalam.
Perkhidmatan menyelamat ECU911 di bandar Riobamba berkata dalam satu kenyataan bahawa seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai warga Kanada berusia 24 tahun menelefon untuk melaporkan kejadian di mana rakan wanitanya yang berusia 25 tahun telah terkorban.
Runtuhan salji berlaku pada paras 5,000 meter, dan ECU911 berkata mangsa berada dalam ‘keadaan stabil’ tetapi mayat wanita masih belum ditemui. – AFP