Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Wanita maut dibunuh teman lelaki anak

    SANDAKAN, 29 MEI – Seorang suri rumah warga Indonesia berumur 59 tahun maut dipercayai dibunuh oleh teman lelaki anaknya sendiri di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata anak mangsa berumur 25 tahun itu juga cedera dalam kejadian tersebut.

    “Kejadian berlaku kira-kira 5:50 petang di sebuah rumah di Apartmen Taman Sentosa iaitu berlaku pertengkaran, lalu suspek bertindak mengelar bahagian leher mangsa dengan senjata tajam.

    “Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak perempuannya cedera ringan di bahagian tangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Abdul Fuad berkata suspek lelaki tempatan berumur 31 tahun ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sandakan tidak lama kemudian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...