Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita mengaku tidak salah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Mahkamah Majistret, kelmarin, menetapkan 31 Oktober ini untuk menentukan tarikh perbicaraan seorang wanita yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan jenayah ceroboh.

    Tarikh bicara terhadap Rina Mariyanti binti Abdul Jalil, 40, yang didakwa memasuki flat Pasukan Polis Diraja Brunei di Perpindahan Lambak Kanan akan ditetapkan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Oktober lalu kira-kira jam 11 pagi.

    Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda