Wanita mengamuk serang polis wanita

KOTA BHARU, 23 JULAI – Seorang anggota polis wanita cedera apabila ditendang di bahagian perut dan ditarik tudung serta bajunya sehingga koyak oleh seorang wanita yang mengamuk di kaunter trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, semalam.

Difahamkan, ekoran kejadian pukul 3:30 petang itu anggota wanita berpangkat koperal berkenaan yang baru sahaja melahirkan anak lima bulan lalu mengalami sakit di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Abdullah Mohammad Piah berkata, wanita berusia 41 tahun itu bertindak sedemikian selepas berang apabila mendakwa anaknya yang terbabit dalam kemalangan dimarahi polis dan diacukan penumbuk ketika datang membuat laporan.

Beliau berkata wanita itu yang dikatakan seorang guru datang ke kaunter trafik dan memarahi anggota bertugas dan anggota wanita itu  cuba mententeramkan keadaan namun turut dimarahi sebelum diserang.

“Wanita itu bertindak menendang di bahagian perut mangsa dan memegang leher selama 10 minit. – Bernama