Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita minat sukan permotoran meningkat

    KUALA LUMPUR, 22 APRIL – Jika dahulu pembabitan kaum hawa dalam sukan permotoran hanya terbatas sebagai gadis litar, namun kini mereka mengorak langkah menunjukkan bakat di lapangan atau belakang tabir.

    Ini selepas beberapa pihak dan agensi termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) giat mempromosi sukan berkenaan kepada golongan wanita menerusi program atau klinik yang dijalankan.

    Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS Mohd Azhari Mohammad berkata beberapa program yang diatur kementerian itu berupaya menarik minat wanita menceburi sukan berkenaan, dengan yang terbaharu menerusi program Hari Sukan Wanita pada Jun depan.

    Beliau juga kagum dengan kaum wanita yang menunjukkan kemahiran di atas litar seperti ketika Kejuaraan CubPrix Malaysia musim ini yang menyaksikan pasukan Tuneboss-Pink Racing Team melakar sejarah tersendiri kerana dikendali serta dimiliki sepenuhnya oleh seorang wanita muda berusia 25 tahun, Nur Atikah Azwar.

    “Dalam sukan permotoran, kemahiran dan enjin yang penting, bukan jantina, kami amat galakkan dan berharap usaha ini dapat diteruskan,” katanya dalam program Webinar Youth Talent Myfit@Motorsports hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda