Wanita nafi buat kenyataan palsu

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Seorang wanita tempatan yang menghadapi pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu menerusi sebuah rakaman video yang boleh menimbulkan kebimbangan orang ramai, pada hari ini telah menafikan pertuduhan tersebut di Mahkamah Majistret.

Hajah Faizah binti Haji Abdul Gapar dihadapkan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 34, Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam, yang membawa hukuman denda maksimum $3,000 dan penjara selama tiga tahun. Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menangguhkan kes sehingga 25 November untuk tarikh perbicaraan ditetapkan.