Wanita ‘paling pembersih’ di dunia

WANITA ini mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan proses pembersihan malah bibilografi tentang dirinya telah dimuatkan dalam sebuah buku yang bertajuk The Life-Changing Magic of Tidying Up, terjual lebih 6 juta naskhah di seluruh dunia.

Pada tahun 2015, wanita yang bernama Kondo itu disenaraikan sebagai salah seorang daripada “100 most influential people”, dari Times.

Kondo mula menyedari akan sikapnya yang pembersih ketika berusia lima tahun lagi. Ketika sekolah rendah, dia kerap ditemui dalam bilik darjah menyusun rak buku berbanding rakan sekelasnya yang bermain di luar.

“Setiap hari selepas sekolah, perkara yang paling saya suka adalah untuk mengemas, ini bermakna saya akan menghabiskan banyak masa setiap hari di dalam rumah,” Kondo memberitahu NextShark. “Ia seolah-olah mengingatkan saya akan kepentingan untuk menghargai dan menghormati objek khususnya milik kita,” tambahnya.

Namun situasi ini juga menyebabkan Kondo berada di bawah banyak tekanan. Dia menilai objek berdasarkan keadaan lama dan kotor barang tersebut, mengakui dia mendapati tidak ada salah dengan objek tersebut dan mencampaknya. Kondo menjadi tertekan yang menyaksikan dia jatuh pengsan pada satu keadaan dalam kelas ketika di sekolah tinggi.

Fikiran Kondo akan terganggu tatkala melihat keadaan bilik yang bersepah dan tidak kemas. – Agensi
Kondo ketika ditemu bual oleh para media mengenai personaliti dirinya yang suka kepada kebersihan. – Agensi

“Apabila saya sedar, saya menyedari cara saya mengemas semuanya salah,” katanya. “Sehingga itu, saya melihat barang untuk dibuang, tetapi sebenarnya yang penting adalah barang yang saya simpan. Dari semua barang yang saya miliki, saya hanya perlu untuk memilih dan mengekalkan yang menjadikan saya gembira atau mencetuskan kegembiraan dengan memilikinya. Ia berlaku apabila saya menyedari penting untuk menghargai barangan milik saya,” jelasnya.

Momen kesedarannya menjadi asas Kondo dalam pendekatannya kepada kebersihan. Sebaliknya daripada mudah mencari alasan untuk membuang barang, dia mula menilai objek-objek berdasarkan sama ada ia boleh mencetuskan kegembiraan. Jika ada, dia akan menyimpannya – jika tidak, dia akan membuangnya. Bagaimana pun, dia menasihatkan orang ramai untuk tidak terlalu terperdaya dengan makna ‘cetusan kegembiraan’.

“Apabila anda memegang satu objek, rasakan bagaimana tubuh anda merasakannya – sama ada tubuh anda merasa gembira atau tidak,” katanya. “Apabila anda membayangkan masa depan anda memegang sesuatu objek, lihat jika perasaan gembira muncul. Merasakan deria anda terhadap objek itu adalah kuncinya,” tambahnya.

Mementingkan kebersihan

Pada usia 18, Kondo mendapatkan kerja sambilan sebagai pembantu di Shinto. Tugasnya untuk memastikan semuanya bersih dan mendaftarkannya. “Apabila anda pergi ke tempat suci dan melalui pintu masuk, anda merasa segar dan tertanya-tanya mengapa,” jelasnya. “Alasan itu adalah kerana ia selalu dikemas dan dibersihkan dengan baik. Saya rasa anda boleh menukar rumah anda menjadi ruang yang sama.”

Dia bertugas di sana bagi tempoh lima tahun seterusnya sambil belajar sosiologi di sebuah kolej. Ketika itu, dia menulis tesis bertajuk How to Decultter Your Apartment – From a Sociological Perspective. Dia menjadi seorang pakar perunding, di mana ia membantu yang lain mengemas kediaman mereka.

Perniagaannya adalah satu kejayaan besar. Kondo mendapatkan ramai pelanggan, di mana dia terpaksa menyusun senarai menunggu selama sebulan. Pada 2010, Kondo memutuskan untuk menulis sebuah buku untuk memastikan caranya dapat digunakan. Dia menulis The Life-Changing Magic of Tidying Up dalam tempoh hanya tiga bulan dan menerbitkannya pada tahun itu.

Jualan adalah sederhana sehingga tahun 2011, apabila Jepun dilanda gempa bumi berukuran 9.1 dan tsunami – gempa bumi paling kuat yang melanda Jepun, yang meragut hampir 20,000 jiwa dan mengakibatkan kerugian bernilai $300 juta. Sementara ini adalah tragedi buruk yang menjejaskan seluruh negara itu, ia adalah sinar harapan bagi Marie Kondo.

Kejayaan dan kegemilangan

“Rakyat Jepun tiba-tiba terpaksa bertanya diri mereka sendiri apa yang penting dalam kehidupan mereka,” Tomohiro Takashi, editor Marie Kondo, memberitahu The Cut dalam satu temu bual pada 2015. “Apakah nilai sebenar terhadap barangan sentimental? Apakah makna barangan yang hilang? Apakah makna kehidupan?”

Dari sana, buku Kondo laris, meletakkan jenama “KonMarie” dalam peta. Sejak itu, Marie Kondo, kini berusia 32 tahun, telah membangunkan empayar dan kerap terbang ke seluruh dunia untuk memberikan taklimat dan membuat kemunculan dalam televisyen.

Sama seperti kebanyakan orang di Jepun, Kondo dipengaruhi oleh Shintoisme, cara kehidupan Jepun yang percaya terhadap animisme, tanggapan bahawa objek bernyawa dan objek yang tidak bernyawa mempunyai semangat atau roh yang disembah. Bagaimana pun, pakar menyatakan bahawa animisme dalam Shintoisme sekarang sudah lapuk.

Dalam kes Kondo, perkara pertama yang dilakukannya apabila memasuki rumah pelanggan buat kali pertama adalah meluangkan masa selama dua minit untuk menyapa rumah itu, sambil menyatakan namanya, ulang tahunnya dan jawatannya. Sebelum dia melakukan perbincangan, dia menyapa tempat dimasukinya dan memperkenalkan dirinya. Dia percaya bahawa kepercayaan ini akan memudahkan lagi tugasannya dan melancarkannya.

Dalam tambahan, dia mengajar pelanggannya untuk berterima kasih terhadap objek-objek bagi perkhidmatan mereka sebelum membuangnya, tidak mengira apakah bentuk perasaan yang mereka cetuskan. Amalannya untuk layanan barangan miliknya seperi ia hidup ketika berada di sekolah tinggi. Menurut petikan dalam bukunya:

“Saya tahu sebahagian orang mendapatinya sukar untuk mempercayai bahawa objek tidak bernyawa memberikan tindak balas kepada emosi manusia, dan ia mungkin saja satu kebetulan. Namun, kita kerap mendengar mengenai atlet yang menyukai peralatan sukan mereka, melayannya seperti ianya suci.

“Saya rasa para atlet merasakan kuasa objek tersebut. Jika kita melayan semua barangan yang kita gunakan dalam hidupan harian, sama ada komputer kita, beg tangan kita, atau pen dan pensil kita, dengan penjagaan sama yang diberikan atlet terhadap peralatan mereka, kita boleh memberikan peningkatan jumlah ‘sokongan’ yang boleh diharapkan dalam kehidupan kita. Tindakan memiliki adalah sebahagian dari kehidupan harian kita. Bukan sesuatu yang dikhaskan bagi beberapa perlawanan atau pertandingan khas.”

Mendengarkan perkataan “mengemas” adalah sangat besar bagi seseorang yang tidak biasa dengan mengemas, tetapi Kondo menasihatkan bahawa perubahan dalam pemikiran anda akan menukar banyak perkara.

“Saya tidak mahu anda untuk memikirkan, ia hanyalah membersihkan rumah, tetapi lebih kepada projek perubahan hidup untuk mencari apa yang paling penting kepada anda,” katanya.

“Dalam cara KonMari, apa yang kami tumpukan adalah untuk memilih apa yang mencetuskan kegembiraan. Apa jua yang anda miliki dalam rumah, nilaibta secara individu dan tanya diri anda jika objek tertentu ini menjadikan anda gembira atau memberikan kegembiraan.” “Memiliki pemikiran seperti ‘ini akan menjadikan kehidupan lebih baik’ akan menjadikan pengemasan lebih efektif’,” tambahnya. – Agensi