Wanita pelarian ambil bahagian dalam keusahawanan

GOMA, DR CONGO – Hampir enam bulan selepas gunung berapi Nyiragongo meletup di timur laut Republik Demokratik Congo (DRC), penduduk tempatan, yang sebelum ini pernah mengalami ketakutan ditelan oleh lahar, di mana kaun wanita yang terselamat bangkit daripada kesukaran melalui keusahawanan.

Di kem pelarian di kaki gunung berapi, Chantal Ngomu mengarahkan langkah demi langkah pada suri rumah tempatan yang mencari perlindungan di sini untuk memerah sehelai kain di tangan mereka, salah satu langkah paling penting dalam membuat sabun buatan sendiri.

Sejak September, Ngomu, 35, telah mencetus idea untuk memulakan perniagaan sabun buatan sendiri untuk menyara kehidupan dan akhirnya membayar rumah baharu di kampung halamannya yang musnah akibat tragedi Mei lalu.

Walaupun tiada apa-apa selepas letusan, Ngomu dapat menjadi kreatif dengan herba tempatan untuk memulakan perniagaannya.

“Kami mengambil pelbagai jenis herba yang membantu saya membuat sabun. Saya mencampurkan semuanya dengan minyak kelapa sawit. Tujuh hari kemudian, ia siap.

Penduduk membuat sabun di kem pelarian berhampiran Goma, timur laut Republik Demokratik Congo (DRC). – Xinhua

Sabun yang kami buat adalah jenis perubatan, ia menyembuhkan kulit,” kata Ngomu dengan bangga, yang kemudiannya memutuskan untuk mengambil bekerja rakan-rakan wanitanya untuk hidup berdikari.

“Dengan bantuan kewangan yang terhad, kehidupan kami susah. Jadi kami perlu melakukannya sendiri,” kata Ngomu, yang kini telah melatih lebih 20 wanita menerusi inisiatifnya untuk membantu mereka menyara diri.

“Wanita-wanita ini sedang menjalani latihan penuh. Mereka semua kehilangan tempat tinggal. Kami fikir perkara terbaik ialah mengajar mereka pekerjaan ini supaya mereka berdikari,” Ngomu menjelaskan alasan untuk menawarkan wanita tempatan sepertinya latihan percuma membuat sabun.

“Saya datang ke sini untuk belajar membuat sabun, untuk melihat bagaimana hidup bersendirian dan bekeluarga. Selepas itu, saya juga bercadang untuk mengajar orang yang saya sayangi.

“Di kem kami tidak mempunyai pekerjaan, jadi ia adalah peluang yang baik untuk kami, di sinilah kami belajar bekerja, dan kemudian kami boleh melatih orang lain,” kata Marcelline Vumiliya, salah seorang pelajar Ngomu, yang kini telah menguasai teknik membuat sabun.

“Saya fikir perniagaan itu tidak lama lagi membolehkan saya membeli rumah baharu di kampung halaman saya.”

Puluhan ribu orang meninggalkan bandar Goma dan kawasan sekitarnya apabila Gunung Nyiragongo meletus pada 22 Mei 2021, memuntahkan lahar berhampiran bandar itu sambil memusnahkan rumah dan membunuh sekurang-kurangnya 32 orang.

Sejurus selepas gunung berapi itu mula aktif, bandar Goma di timur negara itu, dengan populasi hampir dua juta pendudu, melihat langit malam diterangi dengan api oren. Bekalan elektrik di kebanyakan bandar terputus.

Penduduk yang kehilangan tempat tinggal terpaksa berpindah semula seminggu kemudian apabila pihak berkuasa memberikan amaran kerana bimbang akan berlaku letusan gunung berapi baru.

Menurut laporan baru-baru ini oleh Agensi Pelarian PBB (UNHCR), 7,891 orang masih kehilangan tempat tinggal di wilayah yang terjejas, dan ribuan individu yang dipindahkan masih tinggal di merata tempat dalam keadaan yang teruk.

Ramai pelarian yang tinggal dalam ruang sesak dengan infrastruktur kebersihan yang buruk, terdedah kepada penyakit bawaan air seperti kolera, kata UNCHR.

Goma mempunyai dua gunung berapi aktif Nyamulagira dan Nyiragongo. Letusan besar terakhir Nyiragongo pada tahun 2002 membunuh kira-kira 250 orang dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal. – Xinhua