Wanita pertama Ukraine hidapi pneumonia

KIEV, 16 JUN – Wanita pertama Ukraine Olena Zelenska, yang pada minggu lalu diuji positif dijangkiti koronavirus, telah dimasukkan ke hospital dengan pneumonia, kata pejabat presiden hari ini.

Zelenska, 42, didiagnosis dengan pneumonia, menurut pejabat presiden, menambah rawatan oksigen tidak diperlukan.

“Keadaannya adalah stabil,” kata-nya dalam satu kenyataan.

Zelenska berkata pada Jumaat beliau diuji positif dijangkiti koronavirus, sementara suaminya, Presiden Volodymyr Zelensky, dan dua anak mereka diuji negatif.

Jurucakap Zelensky, Yuliya Mendel berkata pemimpin berusia 42 tahun itu ‘rasa sihat’ dan sedang diuji koronavirus ‘setiap hari’.

“Kesemua keputusannya adalah negatif,” beritahunya kepada AFP. – AFP