Wanita Sepanyol usia 113 tahun sembuh daripada COVID-19

MADRID, 13 MEI – Seorang wanita berusia 113 tahun, dipercayai menjadi orang yang paling tua di Sepanyol, telah sembuh daripada jangkitan koronavirus di rumah orang tua di mana beberapa orang yang tinggal di sana telah meninggal dunia akibat wabak tersebut, kata penduduk kelmarin.

Maria Branyas, yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS), dijangkiti pada bulan April di rumah penjagaan orang tua, Santa Maria del Tura, di bahagian Timur bandar Olot, tempat dia tinggal sejak 20 tahun yang lalu, dan bertarung dengan masalah pernafasan ketika pengasingan di biliknya.

“Dia terselamat dari wabak dan kini dalam keadaan sihat,” kata jurucakap penduduk memberitahu AFP, menambah bahawa Branyas hanya mengalami gejala ringan.

“Dia merasa sihat sekarang, dia menjalani ujian dari biliknya selama berminggu-minggu dan keputusannya adalah negatif,” kata jurucakap tersebut tanpa memberikan sebarang ulasan lanjut.

Branyas, merupakan ibu kepada tiga orang anak, berada dalam penga-singan diri di biliknya selama berminggu-minggu, dengan hanya seorang kakitangan dengan memakai kelengkapan perlindungan dibenarkan untuk memeriksanya, menurut televisyen TV3, siaran serantau Catalan, yang memaparkan imej wanita berusia lebih seabad itu. – AFP