Wanita tabung uji pertama di China, kini bergelar ibu

BEIJING, 15 April – Zheng Mengzhu yang dilahirkan menerusi kaedah tabung uji pertama di China, selamat melahirkan anak lelakinya pagi ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik Hospital Universiti Peking Ketiga.

Anak damit seberat 3,850 gram itu dilahirkan pada 8:34 pagi menerusi pembedahan.

“Pembedahan berjalan lancar, ibu dan anak damit dalam keadaan stabil,” kata Dr Zhao Yangyu yang terbabit dalam pembedahan itu.

Zheng dilahirkan pada 10 Mac 1988 dengan bantuan doktor penyelidikan anak damit tabung uji, Zhang Lizhu.

Ketua hospital terbabit Qiao Jie, berkata kejayaan Zheng melahirkan anak menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah anak damit tabung uji di China. – Bernama