Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Wanita tempatan ditahan, tawar khidmat tidak bermoral

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Seorang wanita warganegara tempatan berusia 51 tahun telah berjaya diberkas oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini hari ini, tangkapan tersebut dibuat semasa serbuan mengejut yang dikendalikan oleh pegawai dan keanggotaan dari Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB, kira-kira 12:21 tengah hari di salah sebuah bilik penginapan di kawasan Gadong, Daerah Brunei dan Muara.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa serbuan itu melibatkan aktiviti yang tidak bermoral iaitu dipercayai menjalankan kegiatan menawarkan khidmat seks.

    Susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke bilik berkenaan, wanita tersebut telah ditahan berserta beberapa bahan bukti seperti wang tunai dan telefon bimbit.

    Suspek yang ditahan segera dibawa menjalani ujian saringan COVID-19 dan seterusnya menjalani siasatan di bawah Seksyen 294A Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 atas kesalahan menawarkan khidmat seks.

    PPDB dalam kenyataan itu menyatakan lagi bahawa pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan-
    kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini.

    Wang tunai yang disyaki hasil daripada aktiviti tidak bermoral ditemui dalam serbuan yang dibuat di salah sebuah bilik penginapan di kawasan Gadong. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...