Wanita temui anak damit di tempat pembuangan sampah

ATHENS, 18 DIS – Seorang anak damit lelaki ditinggalkan di sebuah tempat pembuangan sampah di bandar barat Greece, Kalamata, tetapi telah diselamatkan secara kebetulan hari ini apabila sebuah trak sampah terlewat membuat rutin hariannya kata datuk bandar tempatan.

“Anak damit itu bernasib baik terlepas dari malang… terdapat kelewatan dalam pungutan sampah hari ini,” datuk bandar Kalamat, Thanassis Vassilopoulos memberitahu Alpha TV.

“Lori sampah tidak hanya memuatkan sisa, mereka juga memampatkannya,” dia menambah.

Anak damit berusia sehari itu ditinggalkan di sebuah gelongsor sampah beberapa meter jauh dari pusat bandar, kata stesen televisyen.

Anak damit itu ditemui oleh seorang wanita yang memberi

makan kucing liar dan dibawa ke hospital tempatan dengan mengalami kesukaran bernafas dan dijangka sihat sepenuhnya, kata stesen itu. – AFP