Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Wanita terselamat jatuh bangunan 21 tingkat

    JAKARTA, 3 JUN – Seorang wanita berusia 55 tahun berpantang maut sebelum ajal selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri setinggi 21 tingkat, lapor media tempatan.

    Wanita itu tergelincir ketika menyidai pakaian di balkoni rumahnya di Gading Nias, Kelapa Gading, Jakarta Utara, di sini pada Khamis.

    Wanita terbabit mengalami patah tangan kiri, dan bumbung parkir kereta rosak akibat insiden itu. Ketua Polis Daerah Kelapa Gading Vokky Sagala berkata wanita itu masih memberi respons ketika dalam perjalanan ke hospital.

    “Kejadian berlaku kira-kira 3 petang. Penduduk setempat segera membawanya ke Hospital Gading Nias. Dia kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

    Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -