Wednesday, November 30, 2022
24 C
Brunei

-

Wanita Thailand dipenjara 20 bulan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang wanita Thailand kerana memasuki dan menetap di negara ini, sedangkan dia merupakan orang yang dilarang memasuki Brunei.

Kanokkon Thamklang, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang menyatakan dia melakukan kesalahan itu pada 19 Jun lalu.

Pendakwa Imigresen Adi Yusra Adanan mendedahkan di mahkamah bahawa defendan telah ditahan sebelum berlepas di kaunter pelepasan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 6 November, pukul 9 malam.

Pegawai yang bertugas curiga apabila mendapati pengesahan yang meragukan dalam pasport defendan.

Siasatan mendapati bahawa pengesahan itu dipalsukan, membolehkan defendan kembali ke negara ini tanpa dapat dikesan. Pendakwa juga mengulang kepada mahkamah mengenai rekod keluar masuk Brunei defendan yang membawa kepada pengusirannya terdahulu. Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman mengendalikan kes itu.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -